Seorang wanita diculik dan dirogol sekumpulan kongsi gelap warga Myanmar
di sebuah rumah di Selayang, Selangor, kelmarin, lapor Harian Metro.
Menurut sumber polis berkata, mangsa berusia 28 tahun menetap di Jalan
City, Dengkil, diculik enam lelaki yang tidak dikenali di rumahnya pada
jam 2.30 pagi menggunakan dua buah kenderaan MPV, Perodua Alza sebelum
dilarikan ke Selayang.
Mangsa yang mempunyai seorang anak berusia lima tahun dikurung di sebuah
rumah dalam keadaan kaki serta tangan diikat bagi mengelakkannya
melarikan diri.
Menurut sumber itu lagi, mangsa turut dibogel dan dipukul sepanjang tempoh ditahan.
Mangsa yang merupakan pelajar di sebuah universiti swasta diseksa
sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh lima lelaki yang tidak
dikenali sehingga pengsan.
Mangsa hanya berjaya melarikan diri ketika semua suspek sedang tidur.
Mangsa kemudian meminta bantuan orang ramai menghubungi bapa saudara
sebelum dia dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.
Difahamkan, mangsa pernah melihat dua daripada lima suspek berkenaan
yang seringkali menganggu keluarganya untuk meminta wang perlindungan.
Ekoran kejadian itu, mangsa membuat laporan di Balai Polis Dengkil untuk tindakan lanjut.
No comments:
Post a Comment